Wednesday, August 6, 2014

PENULISAN ILMIAH

KESEDARAN PENGURUSAN SISA PEMBINAAN KE ARAH PENGURUSAN LESTARI


Azni Yuhaniza binti Mohd Yusof
Unit Pelukis Pelan Senibina


ABSTRAK


Malaysia kini tergolong dalam kategori negara membangun. Peningkatan bilangan pembinaan rumah menandakan sektor pembinaan sedang berkembang maju. Perkembangan ini menunjukkan aktiviti pembinaan kian meningkat begitu juga dengan jumlah sisa pembinaan. Kemajuan pembinaan ini memberi kesan kepada alam sekitar dari segi ketidakseimbangan ekologi, perubahan persekitaran hidup dan penjanaan sisa. Pembangunan lestari merupakan pembangunan yang dijalankan secara terancang dan berterusan serta tidak menjejaskan keadaaan alam sekitar demi keselesaan dan keselamatan generasi kini dan masa hadapan. Sisa binaan terbahagi kepada dua kluster kumpulan iaitu sisa-sisa pembinaan fizikal dan bukan fizikal. Secara keseluruhannya, pengurusan sisa pembinaan ini dapat diperbaiki. Titik tolak daripada peningkatan kesedaran oleh kontraktor, pemaju dan pihak-phak terlibat dalam pengurusan sisa pembinaan ini. Pengurusan yang baik adalah dengan pemantauan yang terancang dan berkala agar tiada ruang dan peluang untuk sebarang pihak untuk mengelak dari pengurusan dengan betul.




PENGENALAN


Malaysia kini tergolong dalam kategori negara membangun. Pembangunan yang pesat mampu untuk menjana industri pembinaan. Oleh itu, pembangunan dan pembinaan giat dijalankan di Malaysia. Pada tahun 2012, Malaysia menduduki tempat ke-26 dari segi pembangunan infrastruktur. Pembangunan bandar yang mampan haruslah menjurus kepada keupayaan menampung, pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan serta melindungi tahap pencemaran.

Pembangunan lestari merupakan pembangunan yang dijalankan secara terancang dan berterusan serta tidak menjejaskan keadaaan alam sekitar demi keselesaan dan keselamatan generasi kini dan masa hadapan. Kesedaran terhadap pengurusan sisa-sisa yang dihasilkan perlu dipertingkatkan di kalangan rakyat Malaysia. Secara amnya, kesedaran awam dan penglibatan masyarakat umum terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar dan konsep 3R (Reduce, Reuse Recycle) adalah amat penting.

Amalan terbaik di dalam pengurusan sisa pepejal pembinaan menurut Garis panduan yang dikeluarkan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2013, perancangan yang teliti dan pengawalan sumber yang cekap merupakan faktor untuk mencapai pengurusan sisa pepejal yang cekap dan lestari. Elemen 3R perlu diterapkan dan dimanfaatkan sebaik mungkin dengan berteraskam kepada hirarki pengurusan sisa pepejal seperti dalam Rajah 1.


Rajah 1
Peningkatan pembangunan dan pembinaan di Malaysia akan memberi impak negatif kepada alam sekitar sekiranya tiada tindakan atau prosedur ketat dalam pengurusan sisa pembinaan.


Latar Belakang


Salah satu daripada pembangunan teknologi hijau adalah sektor bangunan. Ini meliputi pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan pemusnahan. Galakkan insentif turut diberikan kepada para pengeluar dan pengguna Teknologi Hijau yakni pengurusan secara lestari ini seperti yang telah diumumkan di dalam Bajet 2010 (KeTTHA, 2011)

Isi utama yang menjurus kepada peningkatan pembuangan sisa binaan adalah disebabkan oleh pengurusan yang kurang produktif dalam industri pembinaan di Malaysia. Akibat daripada ketidakcekapan buruh, tahap pembaziran yang tinggi berlaku. Penjanaan kualiti sisa binaan yang tinggi di tapak pembinaan menjadi isu kepada persekitaran.

Pernyataan Masalah


Peningkatan bilangan pembinaan rumah menandakan sektor pembinaan sedang berkembang maju. Perkembangan ini menunjukkan aktiviti pembinaan kian meningkat begitu juga dengan jumlah sisa pembinaan. Kemajuan pembinaan ini memberi kesan kepada alam sekitar dari segi ketidakseimbangan ekologi, perubahan persekitaran hidup dan penjanaan sisa.

Garis panduan oleh pihak berkuasa perlu diperluaskan pelaksanaannya dalam memudahkan pemilik bangunan atau rumah untuk pengurusan sisa binaan. Garis panduan yang dikeluarkan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2013 mencakupi pelbagai aspek. Antaranya ialah perancangan pengurusan sisa pepejal pembinaan yang memfokuskan kepada keperluan penyediaan dokumen perancangan pengurusan sisa pepejal pembinaan, pemilihan lokasi dan kaedah penyediaan tempat pengasingan dan pengumpulan sisa pepejal, penyediaan tempat pemungutan sisa pepejal dan penyediaan tong.

Tahap kesedaran terhadap pengurusan sisa pembinaan di kalangan rakyat Malaysia adalah kurang memuaskan. Keadaan ini amat ketara terutamanya bagi aktiviti pembinaan pengubahsuaian rumah kediaman. Sering dilihat sisa-sisa hasil aktiviti pengubahsuaian ini tidak dikendalikan dengan baik dan mesra alam. Kebanyakkan sisa-sisa dibiarkan di sisi jalan dan sisa-sisa simen dibiarkan di dalam longkang dan banyak lagi tanpa sebarang tindakan yang wajar oleh pihak kontraktor mahupun empunya projek.

Pengurusan sisa pembinaan ini secara lestari harus dipertingkatkan dalam menjamin pengurangan masalah pencemaran alam sekitar. Kesediaan awam terhadap pengurusan ini harus diterapkan mulai sekarang agar kepentingan alam sekitar dapat dipelihara.

Sisa Pembinaan di Tapak Bina


            Pengurusan sisa pembinaan yang bersistematik amat penting dipraktikkan di tapak binaan. Malaysia kini mengalami masalah pengurusan sisa pembinaan secara teratur. Ini disebabkan oleh kurang pendedahan terhadap kesannya terhadap alam sekitar dan kesihatan daripada pengurusan secara tidak betul. Pengurusan secara lestari harus dipertingkatkan demi menjamin masalah kepada pekerja binaan mahupun alam sekitar.

            Sisa binaan terbahagi kepada dua kluster kumpulan iaitu sisa-sisa pembinaan fizikal dan bukan fizikal. Sisa pembinaan secara fizikal ini boleh dijelaskan sebagai hasil pembinaan, pengubahsuaian dan aktiviti memusnahkan yakni termasuklah aktiviti pengorekkan tanah, pembinaan bangunan dan infrastruktur, pembersihan tapak dan sebagainya. Hasil daripada aktiviti pembinaan ini, sisa-sisa pembinaan seperti bata, lebihan pasir, blok, kayu, kertas, plastik, simen, bar keluli dan banyak lagi. (Sasitharan Nagapan, 2012).

Seow Ta Wee & Abdul Halim (2010), sisa pembinaan adalah pelbagai, di mana ia bergantung kepada saiz projek pembinaan dan bentuk geologi serta boleh mengandungi bahan yang tidak diingini yang boleh merosakkan alam sekitar. Contohnya sisa pembinaan termasuuklah besi ferus atau bukan ferus, tanah, batu, pasir serta bahan yang boleh mendatangkan bahaya seperti cat dan lacquers.


Kesedaran Umum terhadap Pengurusan Sisa Pembinaan


Pemantauan oleh pihak berkuasa adalah penting kerana tahap kesedaran di kalangan masyarakat terutamanya kontraktor adalah masih di tahap yang tidak memuaskan. Oleh itu, sekiranya didapati pengurusan sisa pembinaan tidak dilakukan dengan kaedah yang betul, maka pihak berkuasa haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya seperti mengenakan denda mengikut tahap kesalahan yang dilakukan oleh kontraktor mahupun pemaju. Dengan pendekatan denda ini, sedikit sebanyak akan mendorong kepada pelaksanaan pengurusan yang lebih baik di masa akan datang.

Tahap kesedaran di kalangan masyarakat adalah amat rendah. Program-program yang berkaitan dalam melaksana, menggalakkan penyertaan dan mempertingkatkan kesedaran orang awam mengenai program kesedaran dan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam harus dipergiatkan.

Pelan Tindakan oleh PPSPPA dapat dilaksanakan secara lebih efektif dengan adanya aktiviti yang lebih interaktif. Antaranya mengadakan aktiviti Kitar Semula Peringkat Nasional, Implementasi Kempen Kesedaran Pengasingan Sisa, Ceramah dan aktiviti berkaitan Kitar Semula, Projek 3R peringkat sekolah dengan Program Anugerah Kitar Semula dan  pengedaran “Buku Panduan indakan 3R” peringkat sekolah rendah dan menengah. (Perancangan Strategik 2009-2013, Program Kesedaran Awam, 2013)

Pada masa kini, kasar kitar semula di Malysia ialah 5%. Kadar ini adalah rendah jika dibandingkan dengannegara-negara maju seperti Jerman (74%), Belgium (71%), Austria (67%) dan Belanda (66%). Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menetapkan bahawa 11 November bagi setiap tahun merupakan Hari Kitar Semula Kebangsaan.  (Portal Rasmi PPSPPA)


Pengurusan Sisa Pembinaan


Seow Ta Wee & Abdul Halim (2010), pengurusan sisa pembinaan yang tidak sistematik boleh mendatangkan masalah kepada persekitaran, kesihatan dan keselamatan pekerja-pekerja binaan.

Sektor pembinaan merupakan salah satu industri yang paling aktif di Malaysia. Secara purata, bilangan projek pembangunan yang dilaksanakan di Malaysia adalah berjumlah purata hampir 6000 projek setahun. (PPSPPA, 2013). Namun, dari sudut yang lain, pembangunan pesat memberi impak yang serius kepada alam sekitar jika sisa yang dihasilkan semakin meningkat dari tahun ke tahun tidak dikawal.

Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam berkaitan Pengurusan Sisa Pepejal Pembinaan di Tapak Bina menekankan amalan terbaik di dalam pengurusan Sisa Pepejal Pembinaan. Konsep Pencegahan dan pengurangan sisa merupakan amalan yang terbaik untuk membendung senario ini. Malahan, penekanan terhadap kaedah guna semula sisa dan kitar semula merupakan pendekatan yang harus dijadikan amalan.

Siti Akhtar binti Mahayuddin (2011), amalan yang baik dalam pengurusan sisa binaan berupaya mengawal penjanaan sisa binaan dan mengurangkan impak negatifkepada alam sekitar.

Pengurusan sisa binaan secara lestari yakni yang lebih mesra alam haruslah mendapat pemantauan yang lebih tegas oleh pihak-pihak berkuasa khususnya daripada Majlis Perbandaran Tempatan, Construction Industry Development Board (CIDB) selain kontraktor memainkan peranan penting dalam menguruskan sisa-sisa daripada aktiviti yang dijalankan.

Pengurusan sisa binaan yang diamalkan di tapak projek masih berada di tahap yang rendah kerana sisa-sisa pembinaan yang terhasil mencemarkan dan mendatangkan masalah kepada alam sekitar dan masyarakat. (Seow Ta Wee & Abdul Halim 2010). 

Langkah pencegahan dan pengurangan sisa merupakan langkah terbaik yang harus dijadikan amalan. Selain dapat mengurangkan lambakan sisa binaan, langkah ini memberi faedah terutamanya dari sudut pengurusan kewangan. Pengurusan dan pengendalian yang baik dan teratur dapat membantu mengurangkan pembaziran pembelian bahan-bahan pembinaan dan mengurangkan sisa pepejal dari tapak bina. Kaedah pengendalaian penyimpanan bahan binaan turut membantu dalam menjaga kualiti dan jangka hayat bahan yang digunakan. (Garis Panduan Pengurusan Sisa Pepepjal Pembinaan di Tapak Bina, 2013)

Konsep 3R mencakupi kaedah guna semula sisa binaan. Kaedah ini dapat menjimatkan masa, wang dan tenaga. Inisiatif guna semula bahan binaan yang masih mempunyai kualiti yang baik boleh dioptimumkan sehingga kualiti dan keupayaan sesuatu bahan itu tidak lagi boleh digunakan semula. Sebagai contoh acuan (formwork) bagi sesuatu projek boleh digunakan semula untuk projek lain sekiranya tahap kualiti dan pengendalian yang baik dilakukan.

Pengurusan sisa binaan di tapak bina boleh dilakukan secara kitar semula. Aplikasi kaedah ini dapat dilakukan terhadap lebihan simen, keluli, kayu dan sebagainya. Pendekatan kitar semula bukan sahaja dapat mengatasi masalah lambakan sisa binaan malah penghasilan produk baru dapat dilakukan dengan kaedah ini. Misalnya, lebihan bar keluli yang dipotong bagi sesuatu struktur boleh diproses semula dengan meleburkan bar keluli untuk menghasilkan produk yang baru.

RUMUSAN


Pengurusan sisa pembinaan dengan pendekatan konsep 3R yakni reuse, reduce and recycle adalah sangat efektif bagi permulaan di negara kita. Impak yang besar dapat dilihat sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing. Namun, sekiranya tahap kesedaran di kalangan masyarakat adalah rendah usaha-usaha mahupun garis panduan yang ditetapkan tidak akan memberi sebarang kesan yang positif.

Faktor utama bagi kekangan pelaksanaan pengurusan secara lestari adalah faktor manusia itu sendiri. Kesedaran terhadap kepentingan pengurusan secara lestari perlu diberi penekanan yang lebih. Selain itu, faktor masa dan bebanan kos dalam pengurusan sisa terbabit yang menyebabkan pemaju mahupun kontraktor mengambil jalan mudah dalam pengurusan perlupusan sisa binaan ini.  Kelalaian bagi menguruskan sisa tersebut mengakibatkan pencemaran alam sekitar, kemelesetan ekonomi dan menjejaskan keperluan sosial masyarakat.

Secara keseluruhannya, pengurusan sisa pembinaan ini dapat diperbaiki. Titik tolak daripada peningkatan kesedaran oleh kontraktor, pemaju dan pihak-phak terlibat dalam pengurusan sisa pembinaan ini. Kempen dan program yang menjurus kepada pengurusan lestari perlu diwajibkan kepada semua kontraktor dan pemaju. Tidak cukup sekadar penglibatan sebelah pihak, pihak berkuasa harus mempergiatkan usaha pemantauan bagi semua projek yang dijalankan. Pengurusan yang baik adalah dengan pemantauan yang terancang dan berkala agar tiada ruang dan peluang untuk sebarang pihak untuk mengelak dari pengurusan dengan betul.


RUJUKAN


Garis Panduan Pengurusan Sisa Pepejal Pembinaan di Tapak Bina, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2013)

Pelan Strategik 2009-2013, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2013)

Portal Rasmi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan www.ppsppa.gov.my

Seow Ta Wee & Abdul Halim bin Mohamad (2010). “Pengurusan Sisa Pembinaan di Tapak Bina”

Sasitharan Nagapan, Ismail Abdul Rahman & Ade Asmi (2012). “ Factors Contributing to Physical and Non Physical Waste Generation in Construction Industry”.

Siti Akhtar binti Mahayuddin (2011). “Penjanaan, Komposisi dan Pengurusan Sisa Binaan: Kajian Kes Ipoh, Perak.”


Monday, February 4, 2013

PROGRAM MY BEAUTIFUL MALAYSIA DAY

Tarikh Program :  1 Februari 2013
Anjuran  :  Unit Hal Ehwal Pelajar, KKKB
Masa :   9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Penglibatan  :  Semua Pelajar SPS 2





Peserta-peserta Program My Beautiful Malaysia Day mengambil gambar kenangan
 
 

Belajar kaedah pangkasan tumbuhan hiasan

Pokok-pokok yang ditanam semula

Sarung tangan digunakan semasa proses tanam semula

Sedang mencari tugasan yang perlu diselesaikan

Lanskap lembut menyerikan lanskap kejur sediada

Papan tanda Kolej Komuniti Kepala Batas sedang dinaik taraf.

Membersihkan persekitaran lanskap di hadapan kolej.

 


Thursday, January 24, 2013

KURSUS PENGHASILAN VIRTUAL FOLIO

Tarikh Kursus  : 24 Januari 2013
Masa  : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Anjuran   : Kolej Komuniti Kepala Batas
Tempat  : Makmal Bahasa KKKB



Pelajar SPS mempelajari kaedah membuat blog

Menggunakan blogspot.com

Rangkaian 'Link' bersama rakan sekelas dimasukkan

Bantu membantu dan bekerjasama menghasilkan blog yang lebih baik

AMALI IKATAN BATA


                             
 
 
 

Tarikh : Januari 2013 (Rabu)
Tempat : Bengkel Senibina
Masa : 10.00 pagi hingga 1.00 tgh
Tenaga Pengajar : Puan Fatimah bt hj Saidin
 
 
Penyusunan bata ikatan sisi

Konkrit siap dikeluarkan dari acuan

Bekerja dengan santai

Setiap pelajar memberi sumbangan tenaga

Mengemas ikatan bata

Penyusunan dikemaskan tanpa menggunakan tolok

Meletakkan mortar di permukaan bata

Mengambil bahan-bahan dari simpanan

 
Amali menjadikan pengajaran lebih menarik
 

SEKITAR LAWATAN KE TAPAK PEMBINAAN

Tarikh  : 11 Disember 2012
Masa    : 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Lokasi   : Tapak projek Taman Seri Indah (Fasa 3)-UDA Holding
Anjuran  : Unit SPS
Pengiring :  Puan Kamilah, Puan Hafizan,
                   Puan Fatimah dan Puan Azni



Melangkah ke dalam kawasan pembinaan

Arkitek menunjukkan tapak yang baharu di sediakan

Berhati-hati melalui kawasan timbunan bahan binaan

'Formwork' untuk pembinaan tiang

'Clerk of Work' menunjukkan asas konkrit Y16

Banglo setingkat yang hampir siap

Menerangkan mengenai bahan baharu dikenali sebagai 'fiber reinforced concrete'.


Pekerja-pekerja membina jalan

Ridzuan bertanya dengan lebih terperinci mengenai pembinaan

Kekuda keluli pada bumbung layang

Memasuki ruang dapur rumah dalam pembinaan
Sumbangan ikhlas diberikan kepada arkitek yang sudi memberi penerangan

bahan binaan